Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 22, 2011

PRK Tenang : Bukti Kempen Sebelum Penamaan Calon



Hari ini 22 Januari 2011 adalah hari penamaan calon, mana-mana parti yang bertanding hanya dibenarkan berkempen dalam PRK Dun Tenang setelah borang penamaan calon dihantar dan disahkan oleh SPR.
Tetapi calon PAS telah menggerakkan kempen dengan berceramah di beberapa tempat di Dun Tenang. Jika tidak percaya saksikanlah video di atas, ini adalah bukti yang jelas dan SPR mesti mengambil tindakan tegas.
Calon PAS, sebenarnya boleh disabitkan kesalahan Pilihanraya iaitu di bawah Kempen pilihan raya dan batasan mengenainya sebagaimana Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954:

24B. (1) Tertaluk kepada peruntukan Akta ini, seseorang calon atau ejen pilihanrayanya boleh mengadakan kempen pilihan raya semasa tempoh berkempen.(10) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3), (4) atau (7) boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.
Adakah Cikgu Mala tak tahu atau saja-saja buat tak tahu bahawa kempen hanya boleh dilakukan selepas tempoh kempen bermula iaitu selepas penamaan calon. Cikgu Mala buat malu orang DUN Tenang sahaja kerana tidak tahu peraturan dan tak sabar-sabar nak jadi wakil rakyat. Apa agaknya tindakan SPR, kita tunggu dan lihat.

0 comments:

share2