Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 22, 2011

Janji Syaitan

Huh! Setan! Mangsa dalam keretapi ke ni? Hehe!
Hampeh punya Pas!


PASIR PUTEH 20 Jan. - Seramai 41 penduduk Kampung Tualang Hulu, Danan dekat sini mengambil keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama Pas selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang gagal membela nasib dan kebajikan rakyat.

Mereka kemudiannya menyerahkan borang permohonan keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman yang dijemput ke rumah salah seorang penduduk terbabit semalam.
Zawawi ketika ditemui pada majlis tersebut berkata, keputusan keluar dari parti Pas itu dibuat dengan kerelaan hati mereka, tanpa paksaan atau sogokan daripada mana-mana pihak.

"Mereka mempunyai kesedaran untuk bersama kita (UMNO) yang sentiasa membuka ruang kepada ahli-ahli Pas atau mana-mana pihak yang ingin berjuang demi agama, bangsa dan negara," katanya.
Hadir sama pada majlis penyerahan borang keahlian UMNO itu ialah Pengarah UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising, Tuan Mustapa Tuan Mat; bekas calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Hashim Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Pasir Puteh, Aminuddin Mohamad.
Sumber: Utusan Malaysia


Alhamdullilah terbuka juga pintu hati mereka untuk meninggalkan PAS. Akhirnya mereka sedar PAS bukanlah sebuah parti yang benar benar ikhlas memperjuangkan islam sebaliknya hanya membawa isle Nik Aziz semata mata.

PAS juga hanya pandai menabur janji sebaliknya cukup liat untuk menunaikan semua janji manis yang telah dibuat. Janji yang dibuat oleh puak PAS tak ubah sepertimana janji yang dibuat oleh iblis syaitan untuk menyesatkan manusia.

Mereka menjanjikan syurga, pahala dan iman kepada sesiapa yang menyokong parti PAS tetapi mengkafirkan sesiapa yang menolak mereka.



Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.” (Q.s. an-Nisa’: 120).

0 comments:

share2