Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 22, 2011

LABIS - PAGI YANG TENANG DAN TENGAHARI YANG HANGAT

 Lautan penyokong BN


 Penyokong BN yang setia menunggu sehingga selesai penamaan calon


Wanita UMNO juga turut berjuang

Laporan langsung dari Labis:

Suasana pagi yang tenang di Labis berubah menjadi meriah dengan para penyokong BN dan parti pembangkang sewaktu mengiringi calon ke Majlis Daerah Labis untuk penamaan calon dalam PRK DUN Tenang.

Sebagaimana yang dijangkakan hanya 2 calon yang akan bertanding dalam PRK ini nanti, dimana Pas diwaklili oleh Normala Sudirman, bekas guru dan Azahar Ibrahim bekas Penolong Pegawai Daerah.

Dari pemerhatian awal, BN disifatkan akan mendapat menang mudah kerana Pas nyata tidak yakin untuk memenangi PRK kali ini. Menurut penduduk tempatan yang juga menyokong Pas, mereka sangat kecewa kerana Pas meletakkan calon perempuan yang tidak berkalibar dan mengambarkan bahawa Pas tidak bersungguh-sungguh untuk menang PRK ini.

Menurut seorang yang enggan namanya disiarkan, ini adalah sifat buruk pemimpin Pas, kerana mereka melatakkan calon yang kurang berupaya untuk menang kerana mereka sudah menjangkakan mereka tidak mampu menang, andaikan mereka yakin menang sudah tentu mereka akan letakkan calon lelaki demi ketamakan kuasa dikalangan mereka.

Sebelum ini juga, Naib Presiden Pas dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bukan bertanding untuk menang, cuma sekadar mendapat undi yang lebih banyak dari dahulu sahaja. Justru, pengundi diseru supaya jangan pertaruhkan undi mereka untuk perkara yang sia-sia; jika parti tidak mampu menang, adalah lebih baik berikan sokongan kepada parti yang diyakini berupaya menang supaya undi melayu menjadi lebih padu agar disegani oleh bangsa lain kelak.

0 comments:

share2