Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 26, 2011

Sah PAS Sudah Kalah PRK Tenang



Berikutan perbuatan fitnah yang dibuat oleh PAS (klik sini), sudah terang lagi bersuluh seluruh penduduk Felda Tenang akan menolak PAS.

Bagi mereka, perbuatan mempolitikkan kematian adalah bercanggah dengan ajaran islam yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Tenang, Darham Daud yang ditemui untuk mengulas penipuan Pas itu hari ini menegaskan:
"Pas sepatutnya minta maaf, kalau berani mestilah membetulkan fakta terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap masyarakat di Felda Tenang. Datang dahlah tidak memberi salam, kemudian tunjuk kurang ajar dan tidak tahu nak meminta maaf.

"Mana-mana orang Pas boleh keluar (dari Felda Tenang) dan jangan hendak masuk lagi ke sini, kita tidak perlukan mereka.

"Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di Felda Tenang sejak ia dibuka lebih 30 tahun lalu, saya tidak dapat bayangkan bagaimana mereka tergamak masuk ke kampung orang dan melakukan perkara tersebut.
"Saya kecewa kerana penduduk sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk menguruskan jenazah, bukan sahaja anak tempatan, orang luar pun kami bantu untuk uruskan jika ada waris yang meminta untuknya dikebumikan di Felda Tenang," katanya.

Menurut Darham, masyarakat di Felda Tenang mahu hidup dengan aman dan tidak mahu ketenangan di kampung tersebut diganggu oleh orang luar yang tidak tahu budi pekerti dan makna hormat-menghormati.
Sah lah PAS akan kalah teruk kali ini. Fitnah yang sengaja dibuat telah memakan diri sendiri. Beginilah nasib parti politik puak khawarij. Di dunia lagi sudah mendapat kehinaan, apatah lagi di akhirat kelak.

1 comments:

  • Anonymous says:
    January 26, 2011 at 11:38 AM

    PRK Tenang...bukan PRU

share2