Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 26, 2011

PEMIMPIN UMNO PUN TAHU BERJIMAT !!!


Siapa kata pemimpin UMNO semuanya hanya tahu membeli barangan berjenama dan berharga mahal sahaja? Ada juga yang zuhud dan menjalankan kehidupan sederhana seperti rakyat biasa.

Peluang mengikuti rombongan Menteri Besar Pahang di Labis hari ini membuktikan bahawa beliau bukan jenis pemimpin yang mementingkan barangan berjenama untuk dipakai.

Beliau hadir di Labis bagi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional dalam PRK DUN Tenang ini sempat membeli barang keperluan hanya di pasaraya Billion di Segamat.

Bagi beliau, pakaian berjenama bukan kayu pengukur dalam kehidupan. Yang penting keselesaan dan jimat. Amalan yang menjadi didikan sejak beliau masih kecil lagi.

Ada orang kata, itu bukan berjimat. Tapi kedekut. Kalau nak kata kedekut, bekas Menteri Besar Perak, si Nizar Jamaludin tu lagi kedekut. Jamu orang yang datang pun bagi makan nasi bungkus je. Apa bezanya?

Inilah sifat inklusif yang dipamerkan oleh Menteri Besar Pahang ini. Terbukti beliau menyahut saranan Datuk Seri Najib dalam membuat Transformasi dalam politik.

Mungkin bagi Dato Sri DiRaja Haji Adnan, kaedah seumpama ini dapat merapatkan hubungan beliau dengan masyarakat setempat. Malah ia memberi ruang untuk beliau berinteraksi dengan penduduk tempatan.

0 comments:

share2