LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.Sedang cerita ini tidak benar. Artikel Harakah Daily disanggah oleh Saudara Aminoor Syahfizan ,jiran yang tinggal berhadapan rumah arwah Abdul Latif. Arwah Abdul Latif tidak tinggal di Felda Tenang,sebaliknya tinggal di Bandar Segamat. Felda Tenang hanyalah kampungnya.
Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.
Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.
"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.
"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.
"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.
Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.
Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.
Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.
Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.
Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.- Harakah Daily
Rumah peninggalan ayah arwah pun tiada siapa yang duduk dan sudah lama kosong. Arwah juga bukan Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang sebaliknya beliau adalah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air
Menurut saudara Aminoor ,Arwah pernah menyebut semasa hayatnya yang dia mahu disemadikan dikampungnya di Felda Tenang.
Dakwaan kononnya jenazah dibiarkan di masjid adalah tidak benar sama sekali, Aminoor ,rakan rakan dan qariah yang menguruskan jenazah dibilik mayat hospital Segamat terus menghantar mayat ke Felda Tenang.
Menurut Aminor ,Oleh kerana rumah pusaka arwah sudah lama kosong dan tidak digunakan, jenazah terpaksa ditempatkan di masjid Felda Tenang.
Dan ketika itulah langau dan lalat khawarij termasuklah calon PAS mengambil peluang cuba meraih populariti keatas kematian arwah. Ditambah dengan fitnah dan di adun dengan resepi adu domba hingga kalangan khawarij mencapai inzal politik untuk dijadikan habuan menghentam Umno dan PM sebelum penamaan calon Sabtu ini.
Harakah daily putar belit dan mengambarkan keadaan jenazah tidak terurus sedangkan Aminor dan rakan rakannya telah menyembahyangkan jenazah sebelum ia dibawa pulang ke kampungnya pada jam 10.30pagi.
Beginilah akhlak orang orang PAS. Pada mereka segalanya halal walaupun mengada ngadakan cerita melibatkan orang yang sudah meninggal dunia. Mungkin selepas ni kalau Nik Aziz meninggal duniapun mereka akan menuduh itu fitnah orang UMNO.
Sumber: Pisau.net
0 comments:
Post a Comment