Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 21, 2011

PRK Tenang : 10 Ramalan Faktor BN Menang (Mesti Baca)

PAS tahu mereka akan kalah dan kini mereka takut menghadapi mimpi ngeri bahawa BN akan menang besar dan PAS akan kalah teruk.

Ramalan faktor kemenangan BN :

1. DUN Tenang sememangnya kubu kuat BN dari dahulu lagi. Jadi kenapa PAS bertanding?. Mungkin kerana sombong dan degil maka PAS bertanding juga.

2.PAS bukan tidak tahu bahawa PAS Bahagian itu tidak berfungsi dengan baik selama ini umpama hidup segan mati tak mahu.

3.Pengaruh BN terlalu kukuh dengan pelbagai program, mesra rakyat dan menjalankan tanggungjawab dengan baik. Pengaruh PAS sangat digeruni kerana berimej kasar yang ditonjolkan oleh penyokong PAS, PKR dan DAP yang datang dari luar Johor.

4.Prestasi Perdana Menteri dikagumi oleh majoriti penduduk Tenang dan penerimaan terhadap 1 Malaysia sangat baik berbanding dengan PAS For All.

5.Kepimpinan Kerajaan Negeri Johor dan Perhubungan UMNO Negeri Johor sentiasa memberi perhatian kepada pengundi DUN Tenang. Pembangkang pula dilihat hanya pandai menabur janji sahaja dan gagal menunaikan janji.

6. Normala calon PAS adalah kelahiran Serom, Muar dan ibu bapanya berpindah ke Felcra Sekijang. Itu pun bukan dalam kawasan Tenang. Berbanding dengan calon BN yang berasal dari Labis. Ini bermakna PAS tidak mendengar suara akar umbi.

7.PAS bertanding di DUN Tenang hanya menjaga maruah parti sahaja begitu juga dengan Normala yang bertanding kerana mahu menjaga maruah PAS.

8.PAS telah silap strategi kerana menyangka BN akan meletakkan calon perempuan. PAS menghadapi laluan yang sangat sukar untuk menang kerana PAS sebenarnya belum bersedia untuk bertanding di Johor.

9. PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP menimbulkan rasa tidak senang pengundi DUN Tenang. Apatah lagi banyak isu-isu yang mengguris hati pelbagai kaum angkara kerakusan kuasa Pakatan Pembangkang.

10. Calon BN seorang yang berwibawa iaitu bekas Penolong Pegawai Daerah dan mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. PAS pula ketandusan calon lelaki sebab itu PAS meletakkan calon perempuan.

Berilah kepercayaan anda dan undi anda kepada BN untuk menang dalam PRK Dun Tenang. Tiada gunanya anda menyokong pembangkang yang tidak mampu memberi perkhidmatan yang baik dan hanya pandai menabur janji sahaja.

0 comments:

share2