Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 26, 2011

PRK Tenang : Hikmah Disebalik PRK



1. Hebat sungguh pukulan Ng Lum Yong, pengasas parti PKR yang sudah keluar PKR dan masuk MCA. Semua ini berlaku kerana beliau telah sedar bahawa perjuangan PKR adalah satu perjuangan sia sia.

2. Lebih malang lagi, PKR hanya bergantung kepada Anwar, jika Anwar lemah maka lemahlah PKR. PKR hanya kuda tunggangan untuk memenuhi nafsu besar Anwar mahu menjadi Perdana Menteri.

3.Kita cadangkan Pakatan Pembangkang pulau sahaja Anwar kerana selagi beliau berceramah berapi-api sekalipun orang tidak akan percaya kerana keengganannya bersumpah tidak meliwat Saiful. Inilah antara sebab utama orang kuat PKR satu demi satu hilang kepercayaan kepada Anwar dan bertindak keluar parti.

4.PKR sudah semakin nazak dan batu nisannya telah pun disiapkan oleh orang dalam PKR sendiri. Percayalah, orang tidak akan peduli lagi PKR selepas ini dan PAS pun berkemungkinan enggan bagi PKR berceramah di pentas PAS sebab boleh menyebabkan orang akan membenci PAS.

5.Sungguh malang bagi Pakatan Pembangkang mendapat Ketua Pembangkang yang terumbang ambing dengan pelbagai kontroversi dan kes. Bagaimana pembangkang mahu stabil kalau pemimpinnya sendiri tidak stabil. Elok singkirkan sahaja Anwar dari memegang jawatan Ketua Pembangkang kerana beliau Ketua Pembohong.

6.PKR kini semakin tertekan kerana 90% orang kuatnya sudah keluar parti. Orang-orang yang tak berapa kuat tu janganlah bodoh sombong pula kononnya nak ambil alih mengemudi kapal yang hampir karam. Jom kita pakat ramai-ramai keluar dari PKR kerana parti itu tidak memberi apa-apa harapan lagi.

0 comments:

share2