Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 30, 2011

PRK Tenang : Undi PAS Undi DAP



Undi PAS samalah seperti mengundi DAP kerana mereka dalam satu pakatan pengkhianat negara. PAS hanya bertopengkan Islam dan pandai bercakap sahaja.PAS, PKR dan DAP telah diberi peluang oleh pengundi memenangi beberapa buah negeri tetapi tidak berupaya membawa pembangunan dan menyaingi Kerajaan BN.

Hukum PAS berubah-ubah mengikut kepentingan politik contohnya pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah menjadi kafir atau haram.

Pada 24 Januari 1999, Nik Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk DAP dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, malah katanya, dengan syaitan sekalipun beliau terima.

PAS kini bekerjasama terlalu erat dengan DAP walaupun banyak penghinaan terhadap Islam dilakukan oleh DAP.Orang yang mahu berkawan dengan syaitan adalah orang yang di hatinya telah ditakluki oleh syaitan.

Kita menolak PAS kerana parti itu telah bertindak keterlaluan mempersenda hukum Allah, menyeleweng akidah umat Islam, menyebar fitnah-fitnah dan memecah belahkan sesama umat Islam. PAS sudah jauh terpesong kerana menerima DAP sebagai rakan seperjuangan sedangkan DAP mempunyai ideologi yang berbeza dengan PAS.

Selamat Mengundi Barisan Nasional.

0 comments:

share2