Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 20, 2011

PRK Tenang : 10 Sebab PAS Gagal Ganti UMNO (Mesti Baca)

1. PAS bukan sebuah parti yang kuat dalam pakatan pembangkang. Kelemahan PAS bertambah apabila tertubuhnya PKR yang tidak dapat menerima perjuangan ‘ala PAS’.

2. PAS tidak kuat kerana tidak menjadi ‘tulang belakang’ kepada pakatan pembangkang . Kadang-kadang PAS umpama ‘melukut di tepi gantang’, itulah yang dialami oleh Dr. Hasan Ali.

3. PAS hanya parti ‘pak turut’ dan ‘kuda tunggangan’ yang tunduk kepada desakan DAP dan PKR. Sampai bila PAS mahu menjadi ‘parti lampin pakai buang’ atau bila diperlukan sahaja.

4. PAS tidak mampu bergerak sendiri dan bergantung kepada ‘bantuan talian hayat’ PKR dan DAP. Sebab itu PAS bergerak bersama-sama PKR dan DAP dalam apa program Pakatan Pembangkang.

5. Peranan PAS tidak sehebat DAP dan PKR yang pandai mengambil kesempatan di atas gelap mata (kealpaan) PAS yang sedang 'beseronok digula-gulakan' oleh DAP dan PKR.

6. PAS gagal menonjolkan dirinya sebagai sebuah parti yang mendukung prinsip Islam. PAS lebih gemar merujuk dan meminta perlindungan daripada DAP sekiranya menghadapi masalah.

7. Karpal (DAP) walaupun pernah berkata akan pertimbangkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam namun kenyataan ini meragukan kerana beliau pernah berkata langkah mayatnya terlebih dahulu jika mahu menubuhkan Negara Islam. PAS ditipu hidup-hidup oleh Karpal (DAP) semata-mata mahu mencapai cita-cita parti DAP.

8. PAS gagal menjadi sebuah parti yang melindungi orang Melayu. PAS hanya banyak memperjuangkan parti dari nasib orang Melayu. Kadang-kadang PAS bersuara setelah tersepit dengan isu yang mencengkam partinya tetapi PAS masih gagal memenangi hati orang Melayu.

9. Islam di kalangan pemimpin PAS hanya ‘comel’ luaran sahaja tetapi dari segi akhlak dan peribadi langsung tidak mencerminkan sedemikian. Pemimpin PAS dikenali dengan kuat emosi, tidak berhemah dan suka maki hamun. Lebih teruk lagi PAS suka mengutuk dan menghina rakan seagama yang tidak sefahaman dengannya.

10. PAS ibarat 'melacur kedaulatan Islam' dan musuh Negara Islam kerana sedaya upaya merompak kuasa politik Islam di Malaysia. Malahan PAS menjalin 'kerjasama haram' dengan DAP secara terang-terangan bertentangan hukum Islam.

3 comments:

  • Tenang Lautan Biru says:
    January 20, 2011 at 12:55 PM

    Kami memetik artikel tuan.

    Mohon link dengan blog tuan. Ayoh kita juang untuk menang Tenang.

  • pahang-ku says:
    January 20, 2011 at 1:25 PM

    Kami sudah linkkan ditempat teratas sejak lama dulu lagi, kerana perjuangan BN kita

  • Anonymous says:
    January 24, 2011 at 10:36 AM

    apakah yang dimaksudkn dengan kuasa politik ISLAM(no 10), jika BN mempraktikkan ISLAM sepenuhnya, masakan soi lek dan yen yen tidak tahu yang persentuhan laki dan perempuan yg bukan mahram adalah haram dan mengapa UMNO tidak menegur mereka. jgn hanya ISLAM pada perlembagaan. FIKIR-FIKIRkan lah.

share2