Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.
Dalam dunia siber hari ini, macam - macam perkara baru yang boleh kita temui. Maklumlah, dunia tanpa sempadan. Terutama sekali dalam dunia bertempur melalui media baru.
Di Pahang, sudah ada banyak blog - blog politik sama ada dipihak Pakatan Pembangkang mahupun di sebelah pihak Kerajaan Barisan Nasional.
Kedua - duanya mempunyai fungsi masing - masing. Dulu, puak - puak Pakatan Pembangkang menggunakan sepenuhnya kemudahan Internet dan Media Baru ini.
Sehingga mereka berjaya mengucar - kacirkan Negara dan berlakunya Tsunami Politik pada tahun 2008. Atas kesedaran itulah, pejuang - pejuang siber UMNO lahir bagai cendawan baru tumbuh.
Di Pahang, ada blog yang sangat berpengaruh. Malangnya blog tersebut bukan dari kelompok yang mesra Kerajaan Barisan Nasional.
Diantara yang mempunyai ranking tertinggi tentunya Pahang Daily Online (PDO). Dulu PDO ini kuat menyokong parti bendera mata (PKR).
Namun selepas pemilihan PKR tahun lalu, PDO nampaknya sudah mula berubah arah. Katanya PDO kini sedang giat mendekati parti bulan pula (PAS).
Rupanya, PDO kini sudah tidak lagi memayungi mana - mana parti politik. Kalau diikutkan slogan di blog PDO, jelas tertera perkataan:
Ye ke tak terikat? Ke sebab dah takde parti yang mahu menerima PDO? Itulah. Masa memilih dulu tak pandang - pandang, tak jeling - jeling. Sekarang dah terkontang kanting.
Tak sangka pulak blog yang cukup kuat mengutuk UMNO dan Barisan Nasional itu rupanya dah jadi blog Iklan Ubat Nyamuk!!! Alahai. Dunia - dunia. Subhanallah.
PK
sambil selam minum air....
hahaha kesian pdo