Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 29, 2011

PRK Tenang : PAS Semakin Lemas Celaru



Baru-baru ini Cikgu Mala berucap disaksikan Nik Aziz. Jika PAS kata suara wanita adalah aurat bermakna Cikgu Mala buat dosa depan TG Nik Aziz...??? Dan Nik Aziz turut berdosa mendengar kelunakan suara Cikgu Mala...???

Pening juga kita dibuatnya, hukum PAS ini sekejap boleh sekejap tak boleh. Hukum PAS berubah-ubah jika ada kepentingan politik. Fatwa PAS seperti matlamat menghalalkan cara. Fatwa akan berubah mengikut situasi yang berpihak dan menguntungkan dia.



Yang menghairankan, dulu PAS tidak benarkan wanita menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif.

Bagi PAS, suara wanita adalah aurat apabila membaca al quran, sebab itu kerajaan Kelantan mengambil keputusan tidak membenarkan wanita menyertai tilawah Al-Quran yang diadakan setiap tahun. Tetapi suara-suara muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki, mencaci dan bersuara di dalam Dewan Negara.

PAS sebelum ini pernah menghina kaum wanita dengan tidak menggalakkan mereka bekerja. “Kerajaan Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menangggung kehidupan keluarga.” Kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.

Hukum PAS semakin bercelaru dan memeningkan kita.PAS memang betul-betul KLUK KLEK.

0 comments:

share2