Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 19, 2018

[KUANTAN] 2 SEKOLAH AGAMA TERIMA VAN DARI KERAJAAN NEGERI







KUANTAN 19/12/2018 - YAB Menteri Besar Pahang menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan kenderaan pagi tadi sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan hari ini.

Sebelum itu YAB Menteri Besar sempat bersarapan pagi bersama penerima dan wakil penerima sumbangan tersebut di Wisma Sri Pahang, Kuantan.




Hadir sama dimajlis berkenaan beberapa Exco Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato' Sri Syed Ibrahim, Dato' Fakharuddin Md. Arif, Dato' Hj. Nazri Ngah serta pegawai kerajaan.


Cek berjumlah RM40 ribu disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Pahang kepada 6 penerima individu atau mewakili entiti berkenaan. 2 buah kenderaan berupa van juga diserahkan kepada Sekolah Menengah Agama Maran dan Sekolah Menengah Agama Chenor.




Selain itu, tadi juga berlangsung majlis gimik penyerahan barangan keperluan sekolah yang diserahkan kepada YAB Menteri Besar Pahang.

Ketika dalam ucapannya, Beliau Berkata Kerajaan Negeri akan terus berusaha menyalurkan bantuan- bantuan kepada pihak yang memerlukan tanpa mengira Sesiapa pun.

#majuterusPahang



0 comments:

share2