Menurut ibu bapa, kebanyakan pusat beli-belah juga tidak memberi diskaun yang banyak dan keada­an itu membebankan mereka.
KUALA LUMPUR 26 DISEMBER 2018 - Temubual pengunjung Nurul Intan
NURUL INTAN ZANARIAH 
Tinjauan Utusan Malaysia di sebuah gedung beli-belah di sini mendapati bara­ngan persekolahan seperti kasut dijual pada harga sekitar RM29 hingga RM79 mengikut saiz dan jenama.

KUALA LUMPUR 26 DISEMBER 2018 - Temubual pengunjung Nurul Intan
Seorang suri rumah, Nurul Intan Zanariah, 33, berkata, tidak banyak promosi yang dilakukan oleh peniaga sehinggakan mereka tiada pilihan selain terpaksa membeli pada harga yang tinggi.
“Baju Melayu putih dengan harga RM30 sepasang untuk kanak-kanak dijual secara ber­asingan dengan kain samping yang berharga RM17 ke RM26 mengikut saiz sehingga menyebabkan kami kerana terpaksa membayar lebih.
“Seorang anak tidak mungkin memakai sepasang baju kerana perlu bertukar pada setiap hari, jadi keadaan ini benar-benar membebankan kami,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam pada itu, sebagai ibu bapa mereka menyokong usaha kerajaan untuk menukar kasut daripada warna putih kepada hitam kerana dapat memudahkan anak-anak menjaganya memandangkan kasut itu tidak mudah kotor.

KUALA LUMPUR 26 DISEMBER 2018 - Temubual pengunjung Zulkafli
Sementara itu, seorang peniaga, Zulkafli Abdul Kadir, 56, berkata, dia tidak terkesan sangat dengan kenaikan harga barangan sekolah kerana hanya seorang anaknya yang masih belajar namun bersimpati de­ngan keluarga yang terpaksa mengeluarkan duit lebih untuk urusan persekolahan.
KUALA LUMPUR 26 DISEMBER 2018 - Temubual pengunjung Zulkafli
ZULKAFLI  ABDUL KADIR
“Ini belum masuk bayaran yuran serta buku latihan, seorang anak sahaja sekurang-kurangnya memerlukan lebih RM200 untuk kelengkapan sekolah,” ujarnya.
Sementara itu seorang pekerja swasta, Fazlina Abu Kasim, 44, berkata, harga barangan kelengkapan sekolah masih berpatutan walaupun naik sedikit.
“Kebanyakannya masih pada harga berpatutan dengan baju kurung berwarna biru masih berharga RM40 dan setahun hanya sekali membeli baju berkenaan.
“Saya juga dapat jimat kos kerana barang-barang lama se­perti baju dan beg lama masih boleh digunakan untuk sesi persekolahan akan datang,” katanya.