Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 27, 2018

MANTAN PM MASIH UNGGUL DAN DISUKAI RAMAI






Kuantan, 27.12.2018 - Tinjauan dibuat terhadap facebook Najib Razak dan mendapati laman media sosial milik mantan PM berkenaan masih unggul dan disukai ramai.

Dengan mendapat seramai 3,604,708 likers dan 3,590,997 followers, page Najib Razak jadi antara laman facebook politikus yang paling digemari ramai.

Page Tun Dr. Mahathir mendapat 2,351,577 manakala Anwar Ibrahim 1,822,583 dan Lim Guan Eng hanya mendapat 679,066 like.





Berbanding dengan page Tun Dr. Mahathir, posting di page Nazib Razak juga menerima lebih banyak like. komen dan share. Mungkin saja kerana isu yang ditulis dipostingnya adalah isu berkaitan rakyat. Mengenai kesusahan dan keluh-kesah rakyat berbanding dengan posting di page Tun Dr. Mahathir yang lebih banyak menceritakan kisah peribadinya...mesyuarat..pertemuan dengan tokoh asing..perjalanan menaiki kenderaan mewah dan jet kerajaan dan tidak mengenai kesusahan dan pembelaan rakyat.

Pada suatu waktu dulu, page Najib Razak banyak menerima kecaman dan serangan peribadi dari individu yang kemungkinan cybertrooper yang diupah, namun kini segalanya sudah berubah. Mungkin mereka sudah insaf dan sedar bahawa mereka dipihak yang salah selama ini.

Apapun, ramai yang kami temui memberi pandangan bahawa page Najib Razak sangat prihatin kepada kesusahan rakyat serta membawa soal politik dan ekonomi semasa dengan fakta jelas dan bernas.

0 comments:

share2