Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 20, 2018

[KUANTAN] SUSPEK KES 'GULI MISTERI' DICEKUP



Suspek kes ‘guli misteri’ dicekup



Suspek kes pecah cermin kereta menggunakan guli yang dilaporkan berlaku di kawasan Kampung Tengah dan Kampung Jawa di sini berjaya dicekup petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, berdasarkan maklumat awal, suspek ditahan jam 4 petang di sekitar bandar ini.

Menurutnya, susulan penahanan suspek, polis merampas kenderaan utiliti sukan (SUV) digunakan, lastik dan bungkusan berisi guli.

"Siasatan masaih dijalankan dan polis percaya berjaya menyelesaikan kes itu dengan tertangkapnya lelaki tersebut," katanya.

Terdahulu, empat beranak panik apabila kereta yang dinaiki mereka di Jalan Kampung Tengah dipercayai dilastik dengan guli malam semalam mengakibatkan cermin kereta pecah.

Mangsa, Hoe Man Tat, 35, berkata, ketika kejadian jam 9.30 malam itu, dia yang memandu kereta Jenis perodua Myvi bersama isteri dan dua anaknya sedang melalui jalan di Kampung Tengah selepas mengambil anak di rumah pengasuh.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan penduduk di bandar ini semakin bimbang keselamatan diri selepas banyak berlaku insiden membaling guli ke arah cermin kereta hingga mengakibatkan kerosakan.


0 comments:

share2