Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 22, 2011

Fuziah Kantoi Dengan Stesen Radio!!!


Stesen radio popular BFM 89.9 menjelaskan bahawa ia tidak menerima sebarang tekanan supaya membatalkan temubual dengan ahli parlimen PKR yang terlibat di lobi anti-Lynas.


Ketika dihubungi, penerbitnya, Noelle Lim berkata temubual dengan 
ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh hanya ditangguhkan untuk mengambil pendekatan yang berbeza terhadap isu-isu yang membabitkan loji nadir bumi Lynas di Gebeng.

Sambil menegaskan mungkin berlaku salah faham, Noelle berkata, pihaknya tidak meneruskan temubual tersebut kerana mahu mengadakan panel perbincangan dengan pakar nadir bumi bersama dengan Fuziah.

Temubual itu akan diteruskan "pada tarikh kemudian" kerana ramai pakar yang sedang bercuti ekoran musim perayaan.

Stesen tersebut tidak menerima apa-apa panggilan dari "orang berkuasa" berhubung perkara itu, kata Noelle menafikan dakwaan Fuziah.


Stesen itu hanya "mahu bersikap berkecuali", tegas Noelle sambil menambah pihak pengawalselia tidak meminta pihaknya supaya jangan mengadakan sebarang temubual mengenai Lynas.


Fuziah telah menulis di Twitter bahawa sebuah stesen radio telah membatalkan temubual tersebut "pada saat-saat akhir".

Dihubungi kemudian, naib presiden PKR berkata, beliau dimaklumkan mengenai 'pembatalan' tersebut selepas menunggu selama 15 minit di stesen radio itu.

0 comments:

share2