Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 22, 2011

NOVEL KONSERTO TERAKHIR GANTI INTERLOK

Berikut terdapatnya peasaan kurang senang sesetengah masyarakat dari penggunaan novel Interlok sebagai buku teks sastera tidak lama dulu, Kementerian Pelajaran telah memutuskan untuk menggantikannya dengan buku novel 'Konserto Terakhir' hasil karya penulis yang sama, Abdullah Hussain.

Ini selaras dengan keputusan Kabinet untuk tidak akan terus menggunkan lagi buku novel Interlok sebagai buku teks KOMSAS (Komponen Sastera)  bagi pelajar tingkatan 5 mulai tahun depan. Demikian di maklumkan oleh Datuk Seri Abdul Ghafar Mahamud, Ketua Pengarah Pelajaran.

Baca CnP dari BHO selanjutnya dibawah ini;



Nasional


NOVEL Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain menggantikan Interlok bagi pelajar Tingkatan 5 mulai tahun depan.

Konserto Terakhir ganti Interlok


2011/12/22

NOVEL Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain menggantikan Interlok bagi pelajar Tingkatan 5 mulai tahun depan.

Teks KOMSAS baru mulai tahun depan


KUALA LUMPUR: Novel Konserto Terakhir karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain akan menggantikan novel Interlok sebagai teks Komponen Sastera (KOMSAS) bagi pelajar Tingkatan Lima mulai tahun depan.


Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata penggantian teks KOMSAS bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia itu membabitkan pelajar bagi Zon Dua meliputi Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.

“Novel Konserto Terakhir telah melalui proses penyaringan dan pemilihan ditetapkan serta sesuai digunakan sebagai teks KOMSAS berdasarkan nilai dan mutu karya dihasilkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.


Pada 14 Disember lalu, Kabinet memutuskan bahawa penggunaan novel Interlok, yang juga karya Abdullah, sebagai teks KOMSAS Tingkatan Lima tidak akan diteruskan mulai tahun depan.


Keputusan itu dibuat berikutan timbulnya rasa kurang senang sesetengah masyarakat selain bagi mengelak mana-mana pihak daripada terus mempolemikkannya.


Novel Konserto Terakhir, yang pernah dijadikan teks KOMSAS Tingkatan Lima di Zon Dua dari tahun 2000 hingga 2010, berkisar mengenai perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak muda dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara. – BERNAMA / BERITA HARIAN ONLINE

0 comments:

share2