Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 27, 2017

AGAMA BENTENG DIRI DALAM MEDIA SOSIAL




Kuala Lumpur - Media sosial menjadi ancaman kepada negara sekiranya masyarakat mempercayai dakyah palsu yang cuba disebarkan oleh sesetengah pihak. Ahli Panel Muktamar Khayr Ummah, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, jika perkara ini tidak diatasi ia boleh menyebabkan sesebuah negara runtuh.

Menurutnya, pada masa kini banyak pihak termasuk individu menyampaikan sesuatu berita yang terpesong dari fakta sebenar.

“Perkara ini berlaku hampir seluruh dunia dan kebanyakan dilakukan oleh sesetengah pihak dalam cubaan untuk menjatuhkan kerajaan.

“Selain itu juga penjenayah turut menggunakan sosial media bagi melakukan kegiatan mereka antaranya membabitkan kes rogol, skim cepat kaya dan pelbagai lagi.

“Apa yang menyedihkan banyak pihak sama ada masyarakat, remaja tidak kurang juga golongan profesional mempercayai fakta palsu berkenaan,” katanya dalam Muktamar Antarabangsa Khayr Ummah Peringkat ASEAN, di sini semalam.

Beliau yang juga Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkata, perkara ini perlukan kerjasama semua pihak untuk membanteras kegiatan seperti ini.

Tambahnya lagi, di negara ini seramai 25 juta orang merupakan pengguna media sosial, oleh itu kita perlu mempunyai pendekatan yang terbaik dalam menangani sesuatu isu.

“Pendidikan agama juga memainkan peranan, kerana dengan bimbingan agama yang baik akan menjadikan kita insan lebih bertanggungjawab dan memahami mengenai perbuatan menyebarkan fitnah atau dakyah palsu.” katanya.


0 comments:

share2