Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 31, 2017

PEMBANGKANG DITEGUR GUNA BALIK KONSEP 'MAHATHIRISME' DALAM FELDA





Pembangkang membawa pendekatan politik berbahaya apabila menggunakan konsep ‘Mahathirisme’ dalam FELDA.

Menurut Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad, ini kerana ia adalah langkah ke belakang apabila kerajaan sudah bertindak untuk menswastakan sebahagian aset FELDA yang diletakkan dalam anak syarikat FGV.

“Saya bimbang bila pembangkang mengembalikan satu-satu dasar iaitu dibawakan balik Mahathirisme dengan nak jadikan FELDA sebagai satu syarikat, kalau sebut golden share itu syarikatlah, kalau yang cadangkan ini PH, ia adalah politik yang berbahaya kerana membawa balik Mahathirsme, membawa balik penswastaan kepada FELDA sedangkan kita telah ambil jalan tengah untuk menswastakan sebahagian daripada aset FELDA yang diletakkan dalam sebuah syarikat FGV,” katanya dalam program bual bicara RTM di Parlimen, Isnin.

Turut menjadi panel dalam program tersebut, Ahli Parlimen PKR Wong Chen dan Ahli Parlimen BEBAS Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketika sedang membahaskan tentang FELDA, Wong Chen sendiri mengakui yang intipati FELDA dalam Belanjawan Alternatif PH dibuat oleh Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli.

Reaksi spontan Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru hanya tersenyum mendengar kebenaran tersebut.

Membidas pula tentang komitmen PH yang ingin menghentikan pelantikan politik ke dalam FELDA, Shahrir menegaskan yang selama ini Ketua Pegawai Eksekutif FELDA dipegang oleh anak peneroka dan 39 peratus daripadanya juga merupakan anak peneroka yang bekerja di FELDA.

“Dalam belanjawan itu bukan disebut pasal FGV, tetapi FELDA, FELDA itu adalah organisasi kerajaan, bagaimana organisasi kerajaan nak ada golden share kalau dia tidak dijadikan swasta? Ph dalam melihat FELDA pun tak faham.

“FELDA itu agensi kerajaan, FGV anak syarikat. Memang ada golden share. CEO nya anak peneroka. 39 peratus yang kerja di FELDA anak peneroka,” ujar Shahrir lagi.


0 comments:

share2