Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 1, 2017

[KUANTAN] GABUNG KOPERASI ORANG ASLI DI BAWAH SEBUAH KONSORTIUM


Gabung koperasi Orang Asli di bawah sebuah konsortium


Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mahu Koperasi Orang Asli di negara ini perlu menubuhkan sebuah konsortium bagi memperkasakan koperasi dalam melaksanakan aktiviti perniagaan.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sehingga kini terdapat 88 koperasi Orang Asli di seluruh negara yang mempunyai seramai 20,000 ahli.

“Gabungan koperasi ini akan membolehkan koperasi berada di bawah satu pengurusan yang lebih baik selain menjalankan sesebuah projek yang lebih besar.


“Sekiranya sebuah koperasi itu bergerak sendiri, margin untuk mendapatkan projek-projek besar adalah sukar kerana modal dan kemahirannya terhad,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Penutup Program Hala Tuju Perniagaan Koperasi Orang Asli Negeri Pahang, kelmarin.

Abdul Fattah berkata, operasi di bawah sebuah konsortium yang mempunyai gabungan koperasi-koperasi akan memberi peluang untuk memasuki pasaran yang lebih besar.

“Sehingga kini, hanya koperasi Orang Asli di Pahang yang menubuhkan konsortium iaitu membabitkan 50 koperasi dengan keahlian kira-kira 13,200 ahli.

“Sudah banyak koperasi di negara ini bergabung dan impaknya amat positif apabila mereka berupaya mengembangkan perniagaan dan memperoleh dividen yang tinggi,” katanya.


0 comments:

share2