Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 26, 2017

PEMBANGKANG IBARAT 'KECANDUAN FITNAH'




Kluang: Keghairahan pembangkang untuk merampas kuasa daripada Barisan Nasional (BN) disifatkan seperti orang 'kecanduan fitnah'.

Naib Presiden UMNO, Dato' Sri Hishammuddin Hussein, berkata pembangkang dilihat terus menyemai budaya fitnah dan ia akan semakin menular menjelang Pilihan Raya Umum (PRU-14)

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong berkata, UMNO akan menentang budaya fitnah yang disebarkan pembangkang habis-habisan supaya rakyat tidak terus terpedaya.

Katanya, dalam landskap politik hari ini, rakyat disogokkan dengan fitnah dan UMNO terpaksa menghadapi fitnah yang tiada batasan itu.

"Kita lihat pembangkang dan mereka yang ghairah hendak rampas kuasa seolah-olah seperti kecanduan fitnah.

"Jika sehari tidak dapat melakukan fitnah, (mereka) menggelupur. Percayalah, semakin menjelang PRU-14, semakin banyak fitnah menular.

"Kita di dalam UMNO tidak diajar sedemikian. Kita akan menentang budaya fitnah dengan hati ikhlas dan jujur serta tidak terikut rentak (pembangkang).

"Kita jawab bersandarkan kejayaan kita selama ini dan tidak mengikut emosi," katanya berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong di Rumah Komuniti UMNO Sembrong di sini, hari ini.

Mesyuarat itu dirasmikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, seluruh ahli UMNO diminta berpegang pada prinsip dan tidak menjadi ahli yang hanya mengejar populariti serta ada agenda sendiri.

Sementara itu, Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, UMNO kini tidak lagi boleh mendakwa sebagai pembela orang Melayu kerana pengundi mempunyai banyak parti pilihan lain.

Susulan itu, beliau berkata, UMNO perlu pergi kepada akar umbi jika mahu mendapatkan semula sokongan pengundi.


0 comments:

share2