Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 26, 2017

[KUANTAN] ROADSHOW PERBADANAN PUTRAJAYA DENGAN PENGGIAT PELANCONGAN PAHANG




Penggiat Pelancongan di Pahang sedia memberi perhatian terhadap pakej membawa pelacong Pahang ke Putrajaya.

Dalam “Roadshow Perbadanan Putrajaya” memulakan rangkaian antara Putrajaya dan penggiat-penggiat pelancongan memperkenalkan kawasan-kawasan serta aktiviti  menarik di Putrajaya.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya  (PPj) Tengku Aina Tengku Ismail Shah berkata Program kolaborasi  antara PPj, Tourism Pahang dan Tourism Malaysia Negeri Pahang mengumpulkan 8 produk  dan  agen pelancongan  Putrajaya dengan  20 agensi pelancongan di negeri Pahang dalam satu sesi Networking dan Product Update .

“Putrajaya sudah menerima 60 peratus daripada 9 juta pelancongan dan pelawat sepanjang tahun ini. Dengan adanya temasya Sukan SEA dan program Light And Motion hujung  tahun ini. Sasaran kami kemungkinan besar akan tercapai. “

“Putrajaya agak unik kerana sebagai Bandaraya Taman, kita menuju ke arah mampan dan ekosistemnya pula berjaya menarik specis haiwan termasuk burung untuk terus menetap di Putrajaya.” Kata beliau.

Sejak penubuhan Putrajaya pada tahun 1996, pembangunan Putrajaya secara fizikalnya telah menunjukkan  hasil yang menjadi kebanggaan  negara dengan perancangan yang teliti, pembangunan  yang teratur  serta senibina  yang mengkagumkan.

             

0 comments:

share2