Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 27, 2017

MALAYSIA MARA KE FINAL


asd


Malaysia mengesahkan tiket ke perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan Sea 2017 (KL2017) selepas menewaskan musuh tradisi, Indonesia di Stadium Shah Alam malam tadi.

N Thanabalan menjadi wira skuad negara dengan gol kemenangan pada minit ke - 87.

Separuh masa pertama memperlihatkan aksi kurang bermaya skuad negara di sebalik permainan hantaran jauh yang diterapkan pengendali Datuk Ong Kim Swee.

Peluang keemasan skuad negara hadir pada minit ke 28 melalui sepakan penjuru terus Safawi Rasid yang diselamatkan penjaga gol Indonesia Satria Tama Hardiyanto.

Skuad Garuda Muda juga beberapa kali cuba menguji benteng pertahanan negara namun gagal menyudahkan beberapa peluang terhidang.

Bersambung separuh masa kedua, berbekalkan sorakan hampir 79800 penyokong, skuad negara mula mempamerkan belang dengan melancarkan beberapa siri serangan.

Hasilnya, pada minit ke-87, Thanabalan bijak menanduk masuk bola berpunca sepakan penjuru Muhamad Nor Azam Abdul Azih untuk gol kemenangan negara.


0 comments:

share2