Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 13, 2016

BERLAKON JADI KETUA POLIS MAHU MENUNJUK PADA GF


fake-police-chief


Alahai… macam-macam. Gara-gara mahu teman wanita mengagumi kehebatan dirinya, seorang lelaki dari Chongqing, China sanggup berpura-pura menjadi seorang ketua polis daerah tempatan.

Lebih drastik lagi, lelaki tersebut berani pula membawa pasangannya itu melawat ke sebuah balai polis kononnya tempat dia bertugas.


Semuanya berpunca selepas keluarga teman wanita berkenaan meragui status pekerjaan lelaki tersebut dan mahu dia membuktikan identitinya.

Ketika mengadakan lawatan bersama kekasihnya itu, lelaki tersebut dengan selamba berpura-pura mengumumkan dia adalah ketua polis yang baharu.

“Saudara, adakah anda tahu siapa ketua polis anda yang baharu? Mesti tidak… kerana saya baru sahaja dipindahkan di sini minggu lepas.

“Saya telah membuat latihan di tempat lain, namun tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan semua orang di sini,” katanya kepada anggota polis di balai itu.

Lelaki itu malah turut menyempurnakan lakonannya dengan meminta anggota polis membawa air untuk teman wanitanya dan memaklumkan anggota polis lain yang bahawa akan ada satu mesyuarat pada malam nanti di mana dia akan memperkenalkan dirinya.

Bagaimanapun, tipu helahnya yang dirancang secara sempurna akhirnya terbongkar juga gara-gara anggota polis terbabit merasakan sesuatu yang ganjil sebelum bertanyakan pada ketua mereka.

Dek kerana kesalahannya itu, lelaki tersebut kemudian diberkas sebelum dia mengaku bersalah berbohong hal itu.

Ketika disoal siasat, suspek mengaku kekasihnya itu sangat mengagumi anggota polis hingga dia terpaksa berlakon sedemikian untuk menawan hati wanita tersebut.

Lelaki itu turut memiliki lencana dan pakaian seragam polis palsu yang dibeli melalui laman online.

Dalam pada itu, lelaki itu sebenarnya turut mempunyai lima lagi teman wanita yang lain pada masa sama.


0 comments:

share2