Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 8, 2016

PELANGGAN MAXIS MENGAMUK, BIL TIBA-TIBA JADI RM754!




Nampaknya, semakin ramai pengguna telco melempiaskan rasa marah mereka terhadap servis yang tidak setimpal diberikan.

Terbaru, seorang pengguna Maxis telah meluahkan rasa marah, kecewa dan keliru tentang bil yang diterimanya.

Pengguna bernama Henrrey Pang itu memuat naik gambar bil telefonnya di bawah servis Maxis yang dicaj sebanyak RM 754.

Keadaan ini bukan sahaja mengejutkan malah membuatkan dia berasa sangat keliru mengapa dia boleh dicaj sedemikian rupa, sedangkan mengambil pelan Maxis RM68.





Bil yang diterima itu adalah 10 kali ganda daripada pelan yang diambilnya.

Tidak sanggup untuk membayarnya, reaksi lelaki itu di laman sosial telah menerima banyak respon di kalangan para netizen.

Menurut Henrrey lagi, dia mempertikai bagaimana pihak Maxis melakukan keputusan tanpa pengetahuan pengguna terlebih dahulu sama ada sanggup membayarnya atau tidak.

Tidak mungkin satu pakej berubah dan dicaj sedemikian tinggi hanya dalam masa satu malam, itu antara yang diluahkannya.

Apa pun, situasi ini membuatkan semakin ramai yang tidak mempercayai syarikat telekomunikasi tersebut yang sebelum ini telah terpalit dengan pelbagai kontroversi lain.

Sebagai pengguna, apa tindakan anda?


0 comments:

share2