Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 9, 2016

MAYAT TERAKHIR NAHAS HELIKOPTER DITEMUI


Mayat terakhir nahas helikopter ditemui


Mayat terakhir mangsa nahas helikopter Eurocopter AS350 dipercayai juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas ditemui kira-kira jam 10.45 pagi ini di sekitar kawasan Triso, Sebuyau, Sri Aman.

Menurut laporan BHOnline, mayat yang ditemui tiba di jeti Pekan Lingga pada jam 11.35 pagi dan akan dibawa ke Hospital Umum Kuching menaiki helikopter.

Dalam insiden malang itu, helikopter yang dinaiki Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon bersama suami, Asmuni Abdullah dan beberapa yang lain berlepas dari Betong pada 4.12 petang Khamis lalu dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Penumpang lain yang berada di dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan pegawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri turut menaiki helikopter yang dikemudi juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.


0 comments:

share2