Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 12, 2016

[KUANTAN] MAPEX PAHANG 2016 TAWAR 3,310 UNIT HARTANAH


Mapex Pahang 2016 tawar 3,310 unit hartanah


Sebanyak 3,310 unit hartanah bernilai hampir RM1.287 bilion akan ditawarkan dalam Ekspo Hartanah dan Perumahan Malaysia (Mapex) Pahang 2016 di pusat beli belah Berjaya Megamall di sini selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Mei ini.

Ekspo anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Pahang yang diadakan selama tiga hari bermula pukul 10 pagi itu akan disertai 24 pemaju yang menawarkan hartanah perumahan dan komersial bernilai antara RM140,000 hingga RM2.6 juta seunit.

Pengerusi Rehda Pahang, Chua Say Chai berkata, sebanyak 24 gerai jualan dan pameran akan ditempatkan di ruang legar pusat beli-belah itu bagi membolehkan orang ramai membuat pilihan.

"Ini merupakan ekspo pertama yang dianjurkan tahun ini dan Rehda Pahang dipertanggungjawabkan bagi menganjurkan program ini setiap tahun.

"Tujuannya ialah bagi memudahkan orang ramai membuat pilihan dan merujuk tentang maklumat perumahan yang ditawarkan di negeri ini," katanya dalam sidang akhbar mengenai Ekspo Mapex 2016 Pahang di pejabat Rehda negeri di Tanah Putih Baru di sini semalam.

Turut menyertai ekspo itu ialah sebuah agensi kerajaan dan institusi kewangan.

Say Chai berkata, daripada jumlah hartanah ditawarkan, 3,218 unit adalah di negeri ini, 75 unit (Terengganu) dan 17 unit di Kuala Lumpur.


0 comments:

share2