Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 12, 2016

[RAUB] "FRASER'S HILL INTERNATIONAL BIRD RACE 2016"



Tourism Pahang (Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser) agensi pelancongan dibawah Kerajaan Negeri Pahang sekali lagi akan menganjurkan Pertandingan Mengenal Burung Peringkat Antara Bangsa yang akan diadakan di Bukit Fraser pada 14 & 15hb Mei ini.

Acara tahunan ini akan berlangsung selama 2 hari dan dijangka akan menarik minat ramai penggemar burung seluruh tanah air serta antarabangsa.

Acara mengenal burung ini telah mula diadakan sejak tahun 1988 lagi dan ini adalah kali ke-29 ianya diadakan.

Pemilihan Bukit Fraser sebagai lokasi pertandingan adalah kerana ianya merupakan kawasan dimana terdapat banyak species burung termasuk burung-burung yang berhijrah dari luar negara kerana faktor musim dan perubahan cuaca.

Perasmian dan 'Flag-Off' acara ini akan dilancarkan oleh YB Dato' Abd Aziz Bin Mat Kiram, Adun Batu Talam, Raub merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser manakala majlis penutup dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh YB Dato' Sri Hj. Mohd Sharkar Bin Hj Shamsudin Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.

Sebarang maklumat dan keterangan lanjur boleh menghubungi En. Azizi Alauddin, Pegawai Pelancongan Tourism Pahang di talian 017-3977056.



0 comments:

share2