Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 11, 2016

SIASAT JALAN SELALU ROSAK


Siasat jalan selalu rosak


Puchong – Penduduk memohon Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) melalui jabatan kejuruteraannya mencari punca mengapa jalan di Bandar Bukit Puchong (BP) 10 dan BP 11 kerap kali rosak kembali meski sudah diturap.

Ahli Majlis Zon Bandar Bukit Puchong MPSepang, Ong Chun Wei berkata, penduduk mengadu masalah itu kepadanya dan meminta satu jalan penyelesaian jangka panjang diambil.

Menurutnya, isu jalan rosak bukan perkara baru, masalah itu berlarutan sejak enam tahun lalu.

Setiap kali dibaiki, ditampal atau diturap ia kembali rosak dan berlubang di tempat sama hingga menimbulkan ancaman keselamatan kepada pengguna.

“Saya akan bincang masalah jalan rosak di sini dengan jabatan kejuruteraan untuk cari punca sama ada kerana faktor jalan mendap atau disebabkan kenderaan berat melaluinya setiap hari.

Ia berikutan laluan berhampiran perumahan itu dijadikan jalan pintas oleh pemandu kenderaan berat untuk ke Dengkil dan Pulau Meranti.

Dalam pada itu, Chun Wei berkata, penduduk boleh membuat aduan menerusi sistem e-aduan untuk menyalurkan masalah berkaitan pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada MPSepang.

“Selepas buat aduan pengadu akan diberi nombor rujukan, ahli majlis turut sama pantau sama ada masalah sudah diselesaikan atau tidak ,”katanya.


0 comments:

share2