Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 11, 2016

PECAH MASUK RUMAH SEBAR WABAK DENGGI


Pecah masuk rumah sebar wabak denggi


Puncak Alam – Pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengambil tindakan tegas termasuk memecah masuk rumah yang disyaki menjadi punca habitat aedes di kawasan Puncak Alam.

Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin menegaskan, pihaknya dengan kerjasama polis dan Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Selangor akan melaksanakan penguatkuasaan secara serius bagi membendung wabak denggi.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, mangkuk tandas dalam rumah yang terbiar kosong menjadi habitat aedes selain kawasan persekitaran yang semak dengan bekas bertakung.

“Tumpuan diberikan di kawasan Fasa 3 kerana kawasan itu menjadi satu-satunya hotspot wabak denggi di daerah ini kerana mencatat kes paling tinggi dengan dua kematian.

“Sebab itu, kita bagi tempoh dua minggu untuk kerja pembersihan melalui gotong-royong sebelum melaksanakan penguatkuasaan termasuk tindakan saman RM500,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Gotong-royong Perdana Cegah Denggi 2016 yang dihadiri Pengerusi Bencana Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor.

Pada program sama, penduduk berpeluang membuang sampah kitar semula dan minyak masak terpakai melalui kaunter yang dibuka di pekarangan Surau Haji Ismail Fasa 3.

Sementara itu, Shamsul Shahril Badliza yang juga Pegawai Daerah Kuala Selangor berharap, pelaksanaan aktiviti gotong-royong dan pembersihan seperti ini dapat membendung wabak denggi.

“Kalau boleh kita mahu zero wabak denggi ini memandangkan kes membabitkan wabak ini dijangka meningkat berikutan faktor cuaca dan persekitaran seiring pertambahan penduduk.


0 comments:

share2