Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 9, 2016

[LIPIS] LELAKI DERITA KANSER KELENJAR


Lelaki derita kanser kelenjar


Seorang lelaki menderita kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu dan kesihatannya semakin merosot.

Badan Mohd Hassan Mansor, 33, kini membengkak dan dia mengalami kesakitan di lapisan bawah kulitnya akibat komplikasi kanser.

Menurutnya, dia hanya mampu berdoa dan bertawakal supaya penderitaan berkurangan.

Katanya, dia kini bergantung kepada ubat-ubatan dan menjalani rawatan rapi di Hospital Lipis.

"Saya hanya duduk rumah dengan mak, ayah dan empat beradik lain dalam keadaan kesempitan hidup.

"Saya tak mampu berbelanja lebih untuk mendapatkan rawatan, lagipun saya cuma kerja kampung dan pendapatan tak seberapa," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Adun Padang Tengku, Datuk Mustapa Long di rumahnya di Kampung Tanjung Jati, semalam.

Mustapa turut menyerahkan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM5,000 kepada Mohd Hassan.

Menurut Mohd Hassan, beban ditanggung berkurangan apabila mereka sekeluarga menerima rumah baharu menerusi Program Pembangunan Kemiskinan Bandar tahun lalu.

"Mujur juga ada bantuan ni... dapatlah kami berteduh," katanya.

Sementara itu, Mustapa berkata, orang ramai, syarikat swasta dan badan korporat dipelawa membantu Mohd Hassan sekeluaga.

"Macam orang lain yang ditimpa kesusahan, kita juga bantu Mohd Hassan, termasuk sediakan rumah dan kebajikan lain supaya dia selesa dalam tempoh rawatan.

"Mohd Hassan ni perlukan sokongan semua orang," katanya.


0 comments:

share2