Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 9, 2016

HINDRAF DIGESA JANGAN USIK URUSAN UMAT ISLAM


Dr Zakir Abdul Karim Naik


Shah Alam - NGO Hak Asasi Manusia Hindu, Hindraf Makkal Sakthi, dinasihatkan agar tidak mencampuri urusan umat Islam apabila mereka menggesa agar kerajaan Malaysia membatalkan siri jelajah ceramah Dr. Zakir Naik yang dijadualkan tidak lama lagi.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Dr Amini Amir Abdullah berkata, tuduhan Hindraf terhadap Zakir adalah tuduhan yang tidak berasas dan tidak benar sama sekali oleh itu, adalah sesuatu yang tidak wajar untuk menghalang Zakir daripada memberi ceramah ke Malaysia.

"Perkasa memberi amaran keras kepada Hindraf agar tidak menuduh Dr. Zakir Naik sebagai “deviant foreign preacher” (pendakwah luar yang sesat). Sayugia diperingatkan, Dr. Zakir Naik pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2014. Beliau juga mempunyai kredibiliti sebagai tokoh dakwah yang teristimewa mutunya di peringkat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Mengulas lanjut, Amini berkata tuduhan bahawa Dr. Zakir sebagai fanatik juga adalah tidak berasas.

"Kedatangannya ke Malaysia adalah atas undangan pihak berkuasa agama dan memberi banyak manfaat kepada umat Islam dari segi pemantapan dan kefahaman Islam," katanya.

Oleh itu, katanya Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy dinasihatkan agar tidak bermain dengan api.

"Berikan bukti yang benar dan kukuh jika anda menyatakan Dr. Zakir mempersendakan agama Hindu, dan bahawa beliau memperlekeh agama lain serta mazhab dalam Islam,"katanya.

Dr Zakir Naik akan membuat memberi ceramahnya di Malaysia (Terengganu) bermula 9-15 April ini.


0 comments:

share2