Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 7, 2016

[KUANTAN] BERNIAGA BURGER SELEPAS BERSARA TENTERA


Berniaga burger selepas bersara tentera


DIA tidak pernah kesal dengan keputusannya bersara awal sebagai anggota tentera untuk terlibat secara serius dalam perniagaan.

Aziz Ku Li, 33, mengakui perniagaan burger yang diusahakan sejak tujuh tahun lalu kini membuahkan hasil dan mula di kenali masyarakat di daerah ini.

“Sebelum saya berhenti dalam pasukan tentera, saya mempelajari teknik masakan burger secara sambilan di sebuah gerai burger di sekitar Kuantan

“Berbekal modal sekitar RM100 hingga RM200, saya mula membeli peralatan memasak dan keperluan asas membuat burger,” katanya ketika ditemui di gerainya di Balok, Kuantan.

Disebabkan minat yang mendalam dalam dunia perniagaan dia tidak peduli risiko yang dihadapi namun berkat usaha gigihnya itu, peniagaannya mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

“Saya tak sangka idea untuk menghasilkan burger gergasi dengan aneka warna mayones mencetuskan fenomena luar biasa dalam kalangan masyarakat di daerah ini.

“Malah, harga yang ditawarkan sekitar RM8 hingga RM25 mengikut kehendak dan permintaan daripada pelanggan,” katanya.

Burger gergasi yang paling laris dijual ialah monster x triple, monster x triple leleh dengan gabungan meatball, chickenball dan wedges yang pasti memenuhi selera pelanggan.

Selain burger gergasi, dia turut menawarkan j hidangan lain seperti oblong cheff, burger dari jenis ayam, rusa, dan kambing yang mampu memenuhi selera penggemar makanan itu.

Lebih menarik, masyarakat tidak perlu ragu-ragu memandangkan produk yang dijual termasuk burger dan mayones merupakan barangan keluaran Bumiputera jenama Johannas Mayo.

Aziz memberitahu, hampir 200 biji burger gergasi berjaya dijualnya setiap hari menerusi pelanggan yang membuat tempahan melalui telefon.

“Namun ada juga yang sanggup berbaris panjang dan menunggu lama di gerai kami bagi mendapatkan hidangan burger,” katanya sambil tersenyum.


0 comments:

share2