Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 29, 2016

KEPALA BUDAK EMPAT TAHUN DIPENGGAL DEPAN IBU, DATUK


Kepala budak empat tahun dipenggal depan ibu, datuk



Taipei - Seorang budak perempuan berusia empat tahun dilaporkan dipenggal di hadapan ibu kandung dan datuknya sendiri.

Memetik laporan portal antarabangsa, Taiwannews.com, mangsa telah dipenggal oleh seorang lelaki berumur 33 tahun.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada semalam, suspek yang mengalami masalah mental terserempak dengan mangsa selepas membeli kapak di kedai berdekatan.

Lelaki itu kemudiannya menghampiri mangsa ketika kanak-kanak itu bergelut mengeluarkan skuter mininya yang tersekat pada tiang tepi jalan.

Suspek dikatakan menikam mangsa berkali-kali menggunakan kapak sebelum memancung kepala kanak-kanak itu.

Ibu mangsa dan datuknya yang melihat kejadian itu bergelut dengan suspek dan cuba menahan serangan suspek namun gagal.

“Saya berdiri hanya satu meter daripada anak saya. Saya nampak lelaki itu datang kepada anak saya, saya ingat dia mahu bantu anak saya.

“Tetapi bila saya datang lebih dekat, saya lihat dia sedang menetak leher anak saya. Pada mulanya saya cuba hentikan perbuatannya namun tidak berjaya. Apa yang saya buat kemudian adalah berusaha menahannya daripada melarikan diri dan menjerit meminta pertolongan,” kata ibu mangsa kepada pemberita.

Suspek yang dikenali sebagai Wang ditahan selepas pembunuhan itu.

Selain menghidap masalah mental, Wang juga dikatakan di bawah pengaruh dadah ketika kejadian berlaku.


0 comments:

share2