Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 7, 2014

RAKYAT MALAYSIA PALING GEMUK DI ASIA

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR 7 Sept. - Berdasarkan kajian perubatan British, The Lancet, Malaysia mempunyai kadar obesiti paling tinggi di Asia dengan 44 peratus lelaki dan 49 peratus wanita daripada keseluruhan penduduk mengalami masalah tersebut.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, ia ada kaitan budaya bersukan rakyat negara ini sekitar 30 peratus berbanding negara-negara maju hasil Kajian Penglibatan Belia dan Masyarakat Dalam Sukan 2009.

"Peratusan rakyat Malaysia yang obesiti adalah 45.3 peratus. Jumlah penghidap penyakit tidak berjangkit 15.2, diabetis, 32.7, darah tinggi dan 35 peratus mempunyai kolesterol tinggi berdasarkan kajian pada 2011," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran FitMalaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Telekom Malaysia di Dataran Merdeka di sini yang disertai hampir 50,000 masyarakat pelbagai lapisan usia.



0 comments:

share2