Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 8, 2014

LEBIH BAIK ANWAR ISTIHAR DIRINYA SULTAN



KUALA LUMPUR: Penamaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, hari ini, telah mencetuskan pelbagai reaksi di laman sosial media.

Ketua Pemuda UMNO dalam laman Twitternya melabelkan peristiwa itu sebagai suatu jenaka dan adalah lebih baik sekiranya Anwar mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Melaka.

Pengumuman pencalonan itu dibuat dibuat oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim semasa satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

"Berikutan kekosongan kerusi DUN Kajang ekoran perletakan jawatan penyandangnya yang juga dari PKR, mesyuarat pimpinan pakatan rakyat memutuskan untuk meletakkan Datuk Seri Anwar sebagai calon yang akan mewakili pakatan rakyat," katanya

Semalam ADUN Kajang Lee Chin Cheh, telah meletakkan jawatannya yang disebut-sebut bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Anwar semalam juga menafikan beliau akan mengambil alih tempat Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Dia berkata, dakwaan itu hanyalah spekulasi dan sudah diperkatakan sejak 2008 lagi.



0 comments:

share2