Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 25, 2016

SERPIHAN DIPERCAYAI MILIK PESAWAT DIBAWA KE BANGKOK

Serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion tahun lepas. Serpihan yang ditemui di pantai Pa Thya di Nakhorn Si Thammarat akan disimpan di pangkalan udara Dong Mueng untuk pemeriksaan lanjut. – Gambar Reuters, 25 Januari, 2016.



Serpihan yang dijumpai di pantai Nakhon Si Thammarat semalam dibawa ke Bangkok hari ini untuk dianalisis lebih lanjut pakar penerbangan negara itu.

Ini disahkan jurucakap Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF), Naib Marsyal Udara Porngsak Semachai, yang berkata pesawat yang membawa serpihan itu mendarat di pangkalan udara tentera Dong Mueang pada 5 petang (6 petang waktu Malaysia).

"Serpihan itu akan disimpan di pangkalan udara Dong Mueng untuk membolehkan pakar-pakar membuat pemeriksaan selanjutnya," kata beliau dalam temu bual melalui telefon hari ini.

Dua hari lepas, beberapa orang nelayan menjumpai serpihan dipercayai dari bangkai pesawat terdampar di pantai Pa Thya di Nakhorn Si Thammarat dan
memaklumkan kepada pihak berkuasa, kerana percaya objek itu ada kaitan dengan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines.

Penerbangan MH370 yang dinaiki oleh 239 penumpang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Awal hari ini, 4 orang pegawai Malaysia, dipercayai dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA) melawat kawasan serpihan itu ditemui untuk mengumpulkan pelbagai data dan bukti sebelum kembali ke Kuala Lumpur.





0 comments:

share2