Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 26, 2016

SAKIT TELINGA, RUPANYA SEMUT BESAR BUAT SARANG!




New Delhi – Percaya atau tidak, sekumpulan semut besar ditemui sedang leka bersarang di dalam lubang telinga seorang gadis tempatan berusia 12 tahun di India, menurut laporan akhbar Times of India.

Doktor menemui sekitar 10 hingga 15 ekor semut besar yang kelihatan ‘selamba’ merangkak keluar daripada cuping telinga gadis kecil itu pada setiap hari, mungkin untuk mencari makanan.

Shreya Darji yang berasal dari kota Deesa, Banskantha berkata, dia tidak menyangka ada serangga hidup di dalam telinganya walaupun mula berasa sakit di bahagian tersebut sejak Ogos tahun lalu.



Bapanya, Sanjay Darji yang bimbang melihat anak perempuannya mengadu kesakitan terkejut apabila mendapati beberapa ekor semut besar berada di dalam cuping telinga anaknya itu.

Darji lantas bergegas membawa anaknya ke sebuah klinik pakar telinga dan hidung. Beberapa doktor di Patan dan Ahmedabad melakukan pemeriksaan rapi menggunakan kamera laparoskopik.

Walaupun bersyukur kerana tidak menemui sebarang ‘semut ratu’ yang mungkin bertelur di dalam telinga Shreya, doktor masih bingung bagaimana semut boleh bersarang di dalam telinganya.


Seorang doktor di pusat bandar yang berpengalaman juga mengatakan hal serupa.

“Saya berjaya keluarkan 10 ekor semut besar hidup dari dalam telinganya. Saya tidak pernah menemui kes unik dan pelik seperti ini.

“Belum pernah ada sebarang catatan sedemikian dalam sejarah perubatan moden apatah lagi di India,” kata Dr Jawahar Talsania.

Beliau menambah, jika semut besar terus keluar dari telinga gadis tersebut, Shreya akan dipantau menerusi video untuk menghuraikan misteri ganjil itu.


0 comments:

share2