Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 31, 2015

[TEMERLOH] KETUA KAMPUNG, PENGERUSI JKKK JALANI LATIHAN


Banjir


Seramai 40 ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekitar daerah Temerloh menjalani latihan bersama 10 anggota Bomba dan Penyelamat sebagai persediaan menghadapi banjir tahun ini.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Temerloh Hasanuddin Hassan berkata latihan satu setengah jam di Sungai Pahang itu antaranya melibatkan ceramah, penerangan gerakan menyelamat dan memindahkan mangsa ke pusat pemindahan.

"Latihan ini penting kepada ketua kampung dan Pengerusi JKKK kerana mereka merupakan orang pertama dan ketua komuniti dalam masyarakat yang akan menerima arahan awal sekiranya berlaku banjir," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Hasanuddin berkata latihan menggunakan lima bot itu juga disertai pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Tanah dan Daerah serta Pejabat Pendidikan Temerloh.

Selain itu, beliau menasihatkan penduduk yang tinggal di pinggir Sungai Pahang dan Sungai Semantan di sini untuk sentiasa berjaga-jaga dan segera berpindah jika paras air naik bagi mengelak kejadian tidak diingini.

0 comments:

share2