Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 3, 2015

BECA JADI TARIKAN WAKTU MALAM


Mohd Jidin Shafee


Kuala Terengganu - Beca akan dijadikan tarikan pelancong di waktu malam di Terenganu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Beliau berkata, aktiviti itu akan diserahkan kepada golongan muda untuk berkayuh secara sambilan dari pukul 8 hingga tengah malam.

"Becanya akan disediakan pihak kerajaan negeri dengan setiap anggota exco akan diminta menyediakan sebuah beca dan menjadikannya sebagai beca angkat mereka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara lokasi yang dirancang untuk pelancong dibawa bersiar-siar ialah di sekitar Bandar Warisan Pesisir Air dari Pejabat Pos ke Shahbandar dan hingga Kampung Cina atau dari Pejabat Pos ke Paya Bunga Square.

"Daripada golongan muda membuang masa di waktu malam, lebih baik mereka mengayuh beca untuk mendapat pekerjaan dan pendapatan tambahan," katanya dan menambah beca yang akan digunakan adalah berbentuk lebih menarik sesuai dengan cita rasa orang muda.

Sementara itu, Mohd Jidin berkata, kerajaan negeri tidak akan meminggirkan 54 pengayuh beca veteran dan akan memikirkan lebih banyak inisiatif untuk membantu mereka.

“Misalnya tahun ini kerajaan negeri memberi RM200 sebagai insentif kepada golongan itu,” katanya. 

0 comments:

share2