Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 3, 2015

4 CEDERA ROLLER COSTER BERTEMBUNG


4 cedera roller coster bertembun


Staffordshire - Empat pengunjung taman tema Alton Towers cedera selepas dua gerabak permainan roller coaster yang membawa 16 penumpang berlanggar dengan sebuah gerabak yang kosong.

Jurucakap kecemasan West Minlands berkata, dua lelaki berumur 18 dan 27 tahun serta dua wanita 19 dan 17 tahun mengalami kecederaan pada anggota badan dan kini dirawat di bahagian kecemasan dan trauma di Pusat Perubatan Stoke dan Coventry.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Alton Tower berkata, kesemua penumpang berjaya dikeluarkan selepas terperangkap beberapa jam dalam gerabak permainan itu pada ketinggian 7.6 meter dari aras tanah.

"Ini adalah insiden yang paling serius berlaku dalam sejarah sejak pembukaan taman tema ini," katanya dipetik BBC.

Menurut jurucakap yang dikeluarkan Alton Tower, taman teman itu ditutup buat sementara waktu dan pengunjung yang telah membuat tempahan awal atau yang telah datang ke taman tema boleh menuntut wang kembali atau menukar tarikh kunjungan.

0 comments:

share2