Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 10, 2015

RAUB: 'SAMPAI HATI MEREKA!'


Sampai hati mereka


Hati ibu mana yang tidak hancur apabila mengetahui anak yang baru berusia sembilan tahun diliwat dan dipaksa melakukan seks oral oleh dua lelaki yang dikenalinya.

Ibu berusia 38 tahun itu berkata, dia terus bertindak membuat laporan polis terhadap dua individu terbabit setelah mengetahui kejadian terbabit pada 1 Mac lalu setelah mangsa memberitahunya.

“Ketika tu saya baru balik kerja sekitar jam 7 malam... selang 15 ke 20 minit kemudian, anak saya tu datang mengadu lapar.

"Masa saya nak suapkan dia makan, dia mengadu sakit dalam mulut dan tak dapat makan. Saya mula risau... dia memang nampak macam sukar sangat nak makan. Sebab takut dia lapar, saya bagi dia makan asikrim.

“Tengah makan aiskrim tu, dia buka cerita tentang bagaimana dia diminta dan dipaksa melakukan seks oral dengan dua lelaki terbabit. Bila saya tanya kenapa buat, kenapa tak lawan. Dia kata, terlalu takut sebab kedua lelaki terbabit lebih dewasa.

“Anak turut beritahu, sebelum kejadian dia sedang bermain di taman permainan Taman Kemajuan Raub. Kemudian dipanggil dua lelaki dikenali sebagai Talagan dan Munish ke dalam semak," katanya kesal.

Ibu malang ini memberitahu, tidak setakat itu, hatinya bertambah pilu apabila anaknya turut disahkan diliwat.

“Saya sangat sedih bila dapat tahu hal jijik begini berlaku ke atas anak saya. Lepas buat laporan, polis minta saya bawa anak buat pemeriksaan. Pemeriksaan mendapati anak saya juga diliwat.

“Saya syak kejadian jijik ni dah berlaku sejak dua bulan lalu sebab anak saya pernah mengadu sakit dibahagian dubur ketika buang air besar. Tapi, saya tak ambil berat sebab anggap mungkin dia sembelit kerana tersalah makan,” katanya sambil
memberitahu lebih memburukkan keadaan apabila keluarga kedua-dua lelaki terbabit menuduh dia dan anaknya gila.

“Mereka kata saya dan anak saya gila. Sampai hati mereka! Kalau mereka tak percaya... tuhan ada, tuhan nampak,” katanya.

Wanita itu turut hadir ke Pejabat Parlimen Raub buat aduan tentang nasib yang menimpanya itu.

Pembantu Khas Ahli Parlimen Raub, M. Selvarajah berkata, kejadian terbabit harus dipandang serius oleh pihak bertanggungjawab.

“Kami amat mengharapkan kerjasama pihak polis untuk menyelesaikan kes terbabit dengan segera,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ab Rahim Razak berkata, pihak polis menerima laporan berkenaan telah menahan kedua-dua suspek pada hari yang sama.

"Suspek yang masih bersekolah direman selama lima hari untuk soal siasat dan dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.

0 comments:

share2