Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 6, 2020

LAGI KEMUDAHAN UNTUK MASYARAKAT ASLI DI PAHANG

 JUMAAT 07/11/2020 -  Pembangunan di Kuala Lipis yang terhenti sewaktu era Pakatan Harapan memerintah kini telah diteruskan dengan Perasmian Majlis Perlaksanaan Projek JKR Jalan POS Betau Ke Kampung Semoi Lama , POS Lenjang Ke Perkarangan Surau POS Betau Kuala Lipis oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini.

Projek yang telah diluluskan di era Kerajaan Barisan Nasional ini sebelum PRU 14 kini telah disambung semula setelah runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan. Jelas menunjukkan Kerajaan Pakatan Harapan yang mentadbir negara selama 22 bulan gagal mendengar denyut nadi rakyat khususnya masyarakat Orang Asli . Dengan pelancaran semula projek ini  akan memudahkan pergerakan masyarakat Orang Asli sekaligus akan meningkatkan sosio ekonomi dengan kemudahan jalanraya yang lebih baik dan efisyen.

Di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Pahang Dato'Sri Wan Rosdy Wan Ismail projek tergendala di zaman Pakatan Harapan dapat diteruskan dengan iltizam politik bukan hanya retorik Pakatan Harapan yang hanya bijak berjanji. Di Pahang Kerajaan Barisan Nasional , meletakkan kepentingan semua lapisan masyarakat. "Tiada Janji Lihatlah Bukti" akan terus menjadi slogan Barisan Nasional Negeri Pahang membuktikan kepada rakyat mereka telah melakukan pilihan yang tepat memilih Barisan Nasional menerajui Negeri Pahang Darul Makmur.

#MajuTerus Pahang #Pahang1st #PahangNegeriku



0 comments:

share2