Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 8, 2015

TPM LAWAT JERANTUT DAN TEMERLOH HARI INI

TPM ketika melawat Kuantan tidak lama dahulu


TPM adalah antara yang menteri tersibuk melawat negeri-negeri, daerah-daerah dan kawasan-kawasan dimana teruk musnah akibat bencana banjir baru-baru ini. Beberapa hari lepas beliau melawat Kelantan bagi membincangkan dengan kerajaan negeri dibawah pimpinan Pas untuk mendapatkan persetujuan bagaimana kerajaan pusat boleh membantu mangsa-mangsa banjir disana.

Kerosakan teruk yang dialami oleh Kelantan sememangnya sukar untuk dibangunkan semula terutama oleh kerajaan negeri bersendirian.  Justeru itu atas dasar keperhatinan kerajaan pusat Barisan Nasional datang beberapa kali menawarkan bantuan.

Demikian tanggungjawab berat yang dipikul oleh TS Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Hari ini beliau dijadualkan melawat daerah Jerantut yang juga teruk dilanda banjir di negeri Pahang. Pagi ini beliau dijadualkan akan bermesyuarat 'Koordinasi Pelan Tindakan Pasca Banjir Bagi Negeri Pahang' di Pejabat Daerah Jerantut.

Selepas itu beliau akan ke Sekolah Menengah kebangsaan Pulau Tawar melancarkan Bantuan Awal Persekolahan Peringkat Negeri Pahang dan Gotong-Royong Pembersihan Akibat Bencana Banjir ditempat yang sama.

Kemudiannya beliau akan melawat beberapa kawasan yang dilanda banjir didalam daerah Temerloh.


TPM ketia melawat mangsa banjir di Kuantan


0 comments:

share2