Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 26, 2015

[ROMPIN] GUNUNG KAJANG MENYIMPAN KHAZANAH ALAM

'Rhododendron Jasminiflorum'


Oleh: Zainal A Shamsudin & Azam Abd Rahman

25.8.2015 - Siapa sangka Pulau Tioman yang masyur dengan keindahan pantainya memiliki Gunung Kajang di tengah pulaunya. Dan lebih menakjubkan, hutan tropika di sini adalah kategori hutan dara yang dipenuhi dengan pelbagai flora dan fauna yang jarang diusik manusia.

Dengan ketinggian 1,038 meter dari aras laut. Pendakian ke puncaknya sejauh 13 km dihiasi dengan pelbagai flora dan fauna bermula dari pantai yang dipenuhi infrastruktur moden kepada hutan sekunder dan seterusnya meredah hutan dara yang meliputi satu pertiga laluan ke puncaknya.

Pendaki ke Gunung Kajang memulakan perjalanan dari Kampung Paya melalui chalet serta bekas kebun getah dan belukar untuk setengah jam pertama dengan santai untuk sampai ke sebatang Pokok Ara Beringin @ Ficus Benjamina (foto 1) yang dikenali “Mother Willow”. Walaupun pokok Ara ini bukan daripada spesis “willow”, kemungkinan ia mendapat namanya daripada cerita cerita lagenda dan dongeng yang banyak terdapat di Pulau Tioman.


Ara Beringin 'Ficus Benjamina'
                                                                        

Selepas melepasi Pokok Ara yang mungkin berumur hampir seratus tahun berpaut pada batu besar ini, pendaki akan memulakan pendakian yang semakin curam melalui hutan tropika dengan pokok pokok besar seperti Meranti dan Merbau @ Intsia Palembanica (foto 2 dan 3).



Merbau 'Intsia Palembanica'


Mendaki di udara segar dan nyaman di bawah kanopi pokok-pokok berusia ratusan ini, pendaki akan berjumpa dengan pokok pokok indah lain seperti Ara Nasi @ Ficus Racemosa (foto 4), Pelawan @ Tristiana Sp. (Foto 5) dan spesis palma Langkap @ Arenga Obtusifolia (foto 6).


Ara Nasi 'Ficus Racemosa'

Pelawan 'Tristinia Sp.'

Langkap 'Arenga Obtusifolia'


Kelembapan tinggi juga membenarkan hidupan Cendawan @ Scleroderma Sp. (Foto 7) - dan daun kecil seperti Kacip Fatimah  @ Labisia Pumila dan Pakis @ Dipteris Conjugata (Foto 8) hidup subur di laluan ini.


Cendawan @ Scleroderma Sp.


Kacip Fatimah @ Labisia Pumila


Pakis 'Dipteris Conjugata'


Seterusnya selepas melepasi lebih separuh daripada perjalanan, pada kebiasaannya, pendaki akan berehat di kawasan “Batu Lekuk”, yang juga mendapat namanya daripada pendaki pendaki yang terdahulu. Pendaki boleh mengambil air minuman dari anak air yang mengalir di celah batu sebelum meneruskan perjalanan ke puncak untuk melalui kawasan yang lebih curam. 

Selepas satu jam perjalanan yang seterusnya pendaki akan bertemu batu besar yang dikenali sebagai “Moon Rock” menandakan pendaki akan melalui kawasan berbahaya kerana terpaksa melintasi kawasan berbatu, gua serta curam bukit. (Foto 9 dan 10)




Antara laluan yang mencabar..


Pokok pokok bonsai yang menghiasi denai seperti (foto 11) menandakan puncak Gunung Kajang berada kurang daripada sejam untuk di takluki. Di puncaknya bunga Rhododendron Jasminiflorum menanti pendaki yang berjaya ke puncaknya. Rhododendron, yang terkenal dalam perubatan tradisional untuk penyakit gout dan sengal tulang, hanya hidup di puncak-puncak tanah tinggi seperti Gunung Tahan dan Mossy Forest di Cameron Highland. Senduduk Putih? @ Malestoma Imbricatum turut subuh di puncak Gunung Kajang.


Gelam Bukit? 'Leptospermum Flavescens'


Pendakian ke puncak Gunung Kajang dianjurkan oleh Tourism Malaysia, Pahang , disertai pengamal pengamal media dan NGO dari Pahang. 

Penulis berusia mengambil masa 7 jam untuk ke puncak Gunung Kajang dan 5 jam untuk turun ke Kampung Paya dimana ekspedisi bermula.



Penulis:

Zainal A Shamsudin - 54
Bekas Journalist TV3
Bekas Journalist SelangorKu 

Azam Abd Rahman - 58
Bekas Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Pahang






0 comments:

share2