Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 7, 2014

ALBUM RAKYAT HAKIM NEGARA


Demo 'Rakyat Hakim Negara'


Sepanjang perbicaraan kes liwat 2 Anwar Ibrahim, beratus atau kadangkala hanya berpuluh penyokong tegarnya berhumpun disekitar Istana Kehakiman untuk memberi sokongan kepada beliau.

Kehadirannya berkurangan dari sehari ke-sehari kerana penyokong upahannya itu yang sudah kepenatan biarpun khabarnya mereka diberikan imbuhan wang saku berserta nasi bungkus.

Bijaknya Anwar Ibrahim adalah bersedia memperdayakan rakyat dengan slogan 'Rakyat Hakim Negara' dan bodohnya pengikut beliau adalah kerana dengan mudah percaya bahawa mereka adalah hakim dalam kes liwat berkenaan walaupun dengan sedar bahawa mereka langsung tiada kelayakan untuk menghakimi sesiapapun.

Dari temuramah dengan beberapa pendemo yang ditemui, ramai juga antara mereka yang menyatakan bahawa mereka sendiri percaya bahawa kejadian liwat berkenaan memang berlaku, namun mereka memberikan sokongan  hanyalah kerana imbuhan yang dijanjikan.





(Foto atas)  Kasihan kita melihatkan para (rakyat) hakim (negara) yang kelihatan lebih menyerupai penyangak demi menunjukkan sokongan mereka kepada Anwar Ibrahim.




Ini pula foto para hakim yang keletihan dan kelaparan antaranya sedang makan nasi bungkus dan selebihnya berbaring tak ubah seperti pengemis jalanan.





Hakim ini lebih kasihan, dalam usianya yang kecil itu dipaksa oleh ibu-bapanya yang kurang akal pertimbangan untuk turut jadi hakim. Hakim kecil ini kelihatan tertidur kepenatan bahkan mungkin lapar susu serta punggungnya basah akibat belum bertukar lampin.




Hakim ini lebih sedih, mungkin sudah pengsan atau hampir maut akibat kelaparan demi keinginannya untuk menjadi hakim.




Hakim ini pula dah tua bangka, namun masih belum cukup akal biarpun gigi-giginya sudah ibarat pagar yang dah reput namun masih ada keinginan untuk jadi hakim.

Menurut seorang sahabat yang hanya ingin dikenali sebagai angah (bukan nama sebenar) ada juga diantara yang dikenalinya sebagai Jamil (bukan nama sebenar), Carl Leed (bukan nama  sebenar) dan Rafar (bukan nama sebenar) yang juga merasakan bahawa mereka juga layak menjadi sebahagian dari (rakyat) hakim (negara) yang begitu taksub menyokong Anwar Ibrahim dalam kes liwat 2 ini.

Demikianlah apabila sudah hilang pertimbangan, yang salah dianggap benar dan yang benar dianggap salah.


~ Editor




0 comments:

share2