Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 27, 2014

TAK DAPAT MELIHAT SEJAK LIMA TAHUN


Khalijah (kiri) membantu suaminya, Rosidi mengambil ubat diperlukan.


Alor Setar - Bukan sahaja tidak mampu melihat sejak hampir lima tahun lalu, namun seorang lelaki di Kampung Alor Gunung, Pumpong, dekat sini juga tidak berupaya berjalan seperti biasa.

Mohamad Rosidi Bidin, 55, berkata, dia menghidap penyakit kencing manis dan perlu menjalani rawatan dialisis buah pinggang selama tiga kali seminggu pada Ahad, Selasa dan Khamis.

Menurutnya, dia terpaksa membelanjakan sekitar RM150 seminggu untuk mendapatkan rawatan, sedangkan dia dan isterinya, Khalijah Muda, 54, tidak mampu untuk membiayainya.

"Kami tak ada kenderaan, jadi terpaksalah menyusahkan orang ramai untuk mendapatkan rawatan.

"Saya tak mampu lagi bekerja akibat masalah kesihatan yang dihadapi. Selain kesempitan wang ringgit saya juga tak mampu nak sewa teksi ke klinik mahupun hospital," katanya.

Mohamad Rosidi berkata, dua daripada limanya anaknya sudah bekerja, namun wang gaji mereka hanya cukup untuk menampung perbelanjaan sendiri dan keperluan harian rumah sahaja.

"Kami menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300, namun wang berkenaan hanya cukup untuk kos perubatan diri pakcik termasuk lampin pakai buang," katanya.

Oleh itu katanya, dia merayu untuk mendapatkan bantuan kerusi roda demi membolehkan dirinya bergerak dan memudahkan isterinya menguruskan dirinya lebih baik.

"Tapi masalah yang paling utama adalah pengangkutan kerana saya perlu menjalani rawatan tiga kali seminggu," katanya.

Bagi mereka yang prihatin dengan nasib Mohamad Rosidi boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 02109-41-000061-96-0 atas nama Khalijah.

0 comments:

share2