Pemain pasukan besbol St Louis Cardinals, Oscar Taveras, 22 terbunuh dalam kemalangan kereta di Republik Dominican.
Taveras dan teman wanitanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Chevrolet Camero miliknya terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Puerta Plata.
Bagaimanapun, pihak polis enggan mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut.
Pengerusi Cardinals, Bill DeWitt Jr dalam kenyataannya memberitahu merasa terkejut dan turut bersedih terhadap kehilangan tragis ahli termuda pasukan tersebut.
Sementara itu, Pesuruhjaya Major League Baseball (MLB), Bud Selig, menyifatkan Taveras sebagai pemain muda yang berbakat besar dan mempunyai peluang cerah dalam sukan ini.
“Kami di MLB terkejut dengan berita ini dan sangat bersedih dengan kejadian menyayat hati yang menimpa pemain tersebut dan teman wanitanya,” katanya.
Taveras telah melakukan tiga homerun bagi musim ini sepanjang bersama Cardinals. Dia baru sahaja melakukan homerun terakhir ketika pasukannya menentang San Francisco Giants dua minggu lalu.
0 comments:
Post a Comment