Shah Alam - Seorang pelajar kolej swasta direman selama tujuh hari bermula hari ini berhubung kes bunuh kakaknya, di sebuah rumah, Jalan Kemuning Permai, dekat sini, semalam.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Majistret Shah Alam Norshakinah Ahmad Kamarudin terhadap suspek itu mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Remaja tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Menurut sumber, suspek yang turut cedera di pipi kiri akan dibawa ke Hospital Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Dalam kejadian di sebuah rumah di Kemuning Utama jam 4.55 pagi pada Ahad lalu, sepasang suami isteri yang sedang tidur dikejutkan oleh anak bongsunya dalam keadaan mabuk mengugut untuk membunuh diri sebelum menjumpai mayat anak kedua mereka terbaring di pintu bilik tidur dalam keadaan berlumuran darah.
0 comments:
Post a Comment